Wednesday, March 3, 2010

mY FaMiLY
















aku dilahirkan di dalam family yang agak kecil dimane aku mempunyai seorang kakak yang sangat tegas dalam mendidik adik-adik die terutamanye bab pelajaran. walaupun die tegas namun die sgt prihatin tentang adik-adik die...lagipun die merupakan anak sulong dlm keluarga dan kami telah kehilangan ayah yang tersayang dalam usia yang sangat muda dan baru untuk mengenali apa itu erti kehidupan. Sejak itulah emak merupakan ibu dan ayah bagi kami semua...mak banyak berjasa dan berkorban untuk membesarkan kami berlima. maklumlah kami semua masih kecil dan emak perlu menguruskan kami serta perlu menahan sabar melayan kerenah anak-anak beliau. aku berjanji suatu hari nanti aku akan balas jasa emak walaupun xternilai dengan wang ringgit tapi aku mahu membahagiakan beliau apabila anak-anak yang dibesarkan berjaya suatu hari nanti..

aku mempunyai seorang adik lelaki dan juga 2 orang adik perempuan yang mane berusia 22thn, 19thn dan juga 16thn. aku berharap adik lelaki aku akan lebih matang mengikut usia yer, manakala adik kedua aku kini sedang melanjutkan pelajaran di uitm segamat yang mane mengambil jurusan akaun dan adik bongsu aku kini masih berada di tingkatan 4 dan aku berharap die akan mendapat keputusan yang cemerlang pada peperiksaan SPM yang akan diduduki pada tahun hadapan..adik bongsu aku lah yang paling manja dan die lah yang menceriakan suasana family kami..walaupun die dibesarkan tanpa belaian kasih sayang seorang ayah namun die mempunyai kasih sayang seorang ibu, kakak dan juga abang yang ternilai harga yer...nie lah serba sedikit mengenai family aku.."i love my family so much n ever"